PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kemas kini Rangka Kerja Kadar Rujukan bagi institusi kewangan di negara ini yang menjanjikan pembiayaan dan pinjaman bank yang bersifat lebih telus dan mudah difahami pengguna.
Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, berkuat kuasa pada 1 Ogos 2022, Kadar Asas Standard (Standardised Base Rate) akan menggantikan Kadar Asas (Base Rate, BR) sebagai kadar rujukan bagi pinjaman runcit berkadar terapung yang baharu di semua bank di Malaysia.
Menurut beliau, kadar rujukan merupakan kadar faedah yang boleh diakses oleh orang ramai dan digunakan oleh institusi kewangan sebagai asas untuk menentukan kadar faedah pinjaman.

“Rangka Kerja Kadar Rujukan yang diperkenalkan pada 2015 menetapkan BR sebagai kadar rujukan untuk pinjaman runcit berkadar terapung di Malaysia dan di bawah rangka kerja ini, institusi kewangan menggunakan kaedah yang berbeza untuk menetapkan BR masing-masing.
“Ia menyebabkan pengguna sukar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: