PETALING JAYA – Indeks harga pengguna (IHP), yang mengukur kadar inflasi negara dijangka melonjak naik berbanding paras hanya 2.2 peratus yang direkodkan pada Mac lalu.
Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ia berdasarkan situasi dihadapi negara-negara lain serta kenaikan harga barang, terutamanya bahan makanan yang dapat disaksikan sejak akhir-akhir ini.
“Amerika Syarikat merekodkan inflasi tertinggi dalam tempoh 40 tahun iaitu sebanyak 8.1 peratus pada April, United Kingdom merekodkan tujuh peratus malah negara jiran, Singapura turut mencatatkan kadar inflasi tertingginya sejak 10 tahun iaitu pada 5.4 peratus.
“Meskipun negara hanya merekodkan inflasi 2.2 peratus pada Mac, inflasi makanan yang merupakan komponen terbesar keseluruhan wajaran IHP naik empat peratus, malah harga makanan telah menunjukkan kenaikan mendadak sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
“Bank Negara Malaysia baru-baru ini turut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
