PETALING JAYA – Kadar kebolehpasaran graduan City University Malaysia (City U) di pasaran ketika ini meningkat sehingga 99 peratus sekali gus menjadi antara institusi pendidikan terkemuka di negara ini.
Berkongsi kejayaan itu, Pengarah Urusan yang juga merupakan pengasas City U, Datin Rohaidah Shaari berkata, pencapaian itu berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi 2023 (SKPG 2).
Malah katanya, pihaknya sentiasa komited dalam melahirkan graduan yang berkualiti seiring dengan kedudukan kebolehpasaran graduan City U di negara ini.
“Berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi 2023 (SKPG 2), CityU telah mencapai kadar kebolehpasaran graduan yang luar biasa sebanyak 99 peratus menjadikan City U antara institusi terkemuka di negara ini.
“Kadar kebolehpasaran yang tinggi bukan sahaja mampu menjamin kualiti pendidikan di City U, malah ia turut memenuhi permintaan majikan di pasaran industri…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
