Site icon Kool FM

Kadar Kelahiran Malaysia Turun Namun Terengganu, Kelantan & Pahang Tetap Catat Peningkatan


Menerusi laporan Malay Mail, Malaysia telah merekodkan penurunan tersebut dengan hanya 93,500 bayi dilahirkan pada tempoh terbabit.

Namun begitu, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), masih terdapat negeri yang menujukkan kadar kelahiran yang meningkat iaitu negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Tiga negeri pantai timur itu mempunyai jumlah kadar kesuburan (TFR) melebihi paras penggantian iaitu 2.1 kanak-kanak bagi setiap wanita.

“Hanya Terengganu, Kelantan, dan Pahang yang merekodkan TFR melebihi paras penggantian,” kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.

Terengganu dilihat mempunyai kadar kesuburan tertinggi iaitu 2.9, diikuti Kelantan dengan 2.7, dan Pahang 2.1.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version