
PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) 2.75 peratus selepas mesyuarat yang diadakan petang ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pertumbuhan global kekal berdaya tahan pada suku pertama tahun 2026, disokong terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang mampan dan teknologi global yang terus berkembang.
Bagaimanapun, peningkatan harga tenaga dan komoditi yang mendadak serta gangguan rantaian bekalan daripada konflik Timur Tengah mula mempengaruhi momentum pertumbuhan
global.
Risiko pertumbuhan menjadi perlahan terus tinggi, berpunca daripada ketidakpastian berhubung dengan tempoh dan keseriusan konflik, keadaan kewangan global yang lebih ketat dan kebimbangan tentang penilaian dalam pasaran kewangan.
Potensi pertumbuhan menjadi pesat termasuk konflik yang mereda lantas menyebabkan keadaan rantaian bekalan bertambah baik, perbelanjaan teknologi yang lebih kukuh dan langkah-langkah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: