PETALING JAYA – Kadar pengangguran di Malaysia menurun kepada paras terendah sejak April 2020 dengan merekodkan 4.3 peratus pada Oktober lalu, menurut Statistik Tenaga Buruh yang diterbitkan Jabatan Perangkaan semalam.
Bilangan penganggur berkurangan sebanyak 3.4 peratus bulan ke bulan kepada 705,000 penganggur pada Oktober 2021, berbanding 729,600 pada September, manakala jumlah penduduk bekerja naik 0.6 peratus kepada 15.55 juta orang daripada 15.46 juta pada September 2021.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, walaupun bilangan penganggur berada dalam trend penurunan, secara relatifnya ia masih tinggi berbanding tempoh pra-pandemik dangan kadar pengangguran pada April 2020 ialah lima peratus, manakala pada Mac 2020, ia cuma 3.9 peratus.
“Pembukaan semula lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial serta rekreasi secara berterusan telah mendorong kedudukan tenaga buruh untuk kekal stabil pada Oktober 2021.
“Ia digambarkan bilangan guna tenaga lebih…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: