Site icon Kool FM

Kadar pengangguran terus menurun – Kosmo Digital


PETALING JAYA – Kadar pe­ngangguran di negara ini terus merosot kepada 4.2 peratus de­ngan 687,600 orang penganggur direkodkan pada Disember lalu, berdasarkan Statistik Tenaga Buruh Malaysia yang diterbitkan Jabatan Perangkaan semalam.

Ia berbanding kadar pengangguran sebanyak 4.3 peratus, melibatkan 694,400 penganggur yang dicatatkan pada November tahun lalu.

Selain itu, bilangan tenaga buruh terus meningkat pada kadar 0.2 peratus kepada 16.34 juta orang, daripada 16.3 juta pada November 2021.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, nisbah guna tenaga kepada penduduk yang menunjukkan keupayaan ekonomi untuk mewujudkan guna tenaga mencatatkan sedikit peningkatan kepada 66.1 peratus pada Disember (November 2021: 66 peratus).

“Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) turut meningkat kepada 69 peratus (November 2021: 68.9 peratus), iaitu KPTB tertinggi direkodkan sejak Januari 2020.

“Situasi ini memberi isyarat orang ramai semakin optimis terhadap pasaran buruh,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version