Site icon Kool FM

Kadar penggunaan loji PCG naik sehingga 91 peratus, melangkaui tanda aras dunia


PETALING JAYA – Petronas Chemical Group Berhad (PCG) mencatat pertumbuhan komersial yang kukuh meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran besar termasuk gangguan geopolitik, kenaikan kos tenaga dan lambakan bekalan berterusan. 

Faktor-faktor ini menyumbang kepada tekanan inflasi dan memperlahankan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan lagi impak kepada industri kimia yang sudah tinggi persaingannya.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mazuin Ismail berkata, syarikat merekodkan prestasi operasi yang baik melalui kadar penggunaan loji setinggi 91 peratus pada 2024, melangkaui tanda aras dunia pada 90 peratus.  

Selain itu, Kumpulan juga mencapai jumlah pengeluaran tertinggi pada 11.2 juta tan setahun dengan peningkatan dari segmen kimia khusus.

“Kejayaan ini dipacu oleh pelbagai usaha proaktif untuk merangsang kecekapan loji, mengurangkan masa henti peralatan, memperkasa program kebolehpercayaan aset serta melaksanakan pelbagai penyelesaian digital bagi ramalan analisis…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version