Site icon Kool FM

Kadar sewa kediaman terus merosot


PETALING JAYA – Kadar sewa kediaman di empat pasaran utama di Malaysia terus merekodkan kemerosotan terutamanya melibatkan kondominium dan apartmen perkhidmatan, berdasarkan Laporan Analitik Permintaan Portal Separuh Tahun Pertama (H1) 2021 (Pasaran Sewaan Kediaman) oleh platform hartanah, iProperty.

Pengurus Besar Penyele­saian Data Pelanggan & Kualiti iPro­perty.com.my, Premendran Pathmanathan berkata, permintaan harga sewa median bagi kediaman di Kuala Lumpur didapati merosot 13 peratus kepada RM2,000 sebulan bagi tempoh tersebut berbanding tahun lalu, manakala di Selangor, harga sewa median kekal pada RM1,500 di­sebabkan permintaan kukuh untuk sewa rumah teres.

Di Pulau Pinang, harga sewa median merosot tujuh peratus kepada RM1,400 sebulan, manakala di Johor, sewa me­dian menurun 14 peratus kepada RM1,200.

Menurut beliau, H1 2021 terus memihak kepada penyewa kerana langkah menyewa kediaman kini dianggap lebih masuk akal dari segi kewangan disebabkan komitmen bulanan yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version