Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kadar Sewa Rumah Dilaporkan Semakin Meningkat Di Seluruh Negara

today11 January 2024

Background


Kadar sewa rumah kediaman di seluruh negara dilaporkan meningkat 5.5 peratus pada tahun 2023 berbanding tahun sebelumnya, dengan kadar sewa purata nasional mencecah RM1,975 sebulan.

Menurut Indeks Sewa Kediaman Malaysia yang dikeluarkan Juwai IQI, mereka mendapati kadar sewa kediaman tertinggi yang direkodkan adalah di Kuala Lumpur dengan purata RM3,192 sebulan.

Tambahannya lagi, kadar tersebut berbeza dengan Selangor yang mencatatkan purata sekitar RM1,851 sebulan.

Kadar sewa rumah
Sumber Gambar: RETalk Asia

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, kadar sewa kediaman berbeza dengan ketara mengikut wilayah.

“Kadar sewa rumah di Kuala Lumpur pada akhir tahun 2023 adalah 28.4% melebihi kadar yang dicatatkan pada Q4 2022, walaupun masih 29% di bawah paras sebelum COVID-19.

“Pasaran sewa kediaman di Selangor pula lebih stabil, berakhir pada 2023 dengan 10.7% lebih tinggi berbanding Q4 2022 dan 5% di atas Q4 2019, menunjukkan pasaran yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Hiburan Semasa

Jadi rebutan ramai

MENJADI artis Korea Selatan paling digilai di seluruh dunia kala ini, penyanyi, pelakon, dan anggota Astro, Cha Eun-woo semestinya sentiasa dinantikan kemunculan serta penampilan depan peminat setianya. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today11 January 2024