Site icon Kool FM

Kadar Tol Lebuhraya LEKAS Dan BESRAYA Turun Mulai Tengah Malam Ini


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Berita baik buat pengguna Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) kerana kadar tol di kedua-dua lebuhraya tersebut diturunkan berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Penurunan kadar tol antara 15 sen hingga 50 sen itu dibuat selepas perbincangan dan persetujuan syarikat konsesi dua lebuh raya itu, IJM Corporation Berhad.

“Melalui penurunan kadar tol mulai 1 Januari 2023, kenderaan kelas 1 yang melalui mana-mana plaza tol Lebuhraya BESRAYA akan membayar RM1.85 sehala; manakala pengguna yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya LEKAS akan membayar RM7.80 sehala,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini pengguna kenderaan kelas 1 perlu membayar tol bagi laluan Lebuhraya BESRAYA bernilai RM2.00 sehala, manakala Lebuhraya LEKAS pula RM8.30 sehala.

Penurunan kadar tol itu yang selaras keputusan Jemaah Menteri…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version