Site icon Kool FM

Kael Lean Dedah Sudah Peluk Islam Sejak 3 Ogos, Pilih Maulidur Rasul Kongsi Perkara Itu Dengan Peminat


Penyanyi dan pelakon, Kael Lean mendedahkan dia sebenarnya sudah memeluk agama Islam sejak 3 Ogos lalu selepas melalui proses pencarian dan mendalami agama itu selama kira-kira tiga hingga empat tahun.

Berdasarkan laporan Oh Bulan!, Kael mengambil sedikit masa sebelum berkongsi berita tersebut kepada umum kerana mahu benar-benar bersedia untuk melalui fasa baharu dalam kehidupannya.

Kael memilih sambutan Maulidur Rasul sebagai waktu yang sesuai untuk mengumumkan perkara tersebut kerana tarikh berkenaan mempunyai nilai sentimental buat dirinya selain menjadi simbolik kepada permulaan baharu.

“Saya dah simpan perkara ini agak lama dan rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk berkongsi. Saya perlukan sedikit masa untuk menyediakan diri sebab ini perkara yang sangat penting bagi saya,” katanya kepada portal tersebut.

Menurut Kael, keputusan untuk kembali kepada Islam hadir selepas dia melalui pelbagai perkara dalam kehidupan sehingga membuatkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version