Itulah yang ditekankan oleh pendakwah bebas, Dato’ Mohd Kazim Elias bahawa jenazah perlu diuruskan secepat mungkin pengebumiannya oleh waris terdekat dan tidak boleh bertangguh.
Menurutnya lagi, satu ketika dahulu, selagi tidak datang orang yang arif datang menguruskan jenazah, ahli keluarga tidak berani untuk berbuat apa-apa.
Malah, ada yang sanggup ‘berlari’ ke surau berdekatan untuk meminta pertolongan dan meminjam peralatan seperti sejadah yang tidak perlu ada pun dalam menguruskan jenazah.
“Dahulu kalau hendak urus jenazah ambil masa lambat sebab ada barang yang perlu dijahit seperti sarung bantal. Selain itu, kalau tiada siapa yang datang, ada ahli keluarga tidak berani mandikan jenazah.
“Jadi setiap rumah hari ini perlu ada set pengurusan jenazah dan tidak perlu lagi ke kedai runcit dan serbaneka untuk beli barang seperti bunga mawar dan kapur barus,” katanya pada majlis pelancaran set pengurusan jenazah edisi khas Dato’ Mohd Kazim Elias di Bandar Baru Bangi,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
