BANGI – Bersandarkan pengalaman membantu pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dalam aktiviti sosial menguruskan jenazah sebelum pandemik melanda negara, Kaf Digital Media (Kaf) kini melancarkan set pengurusan jenazah yang dapat memenuhi permintaan pasaran tersebut yang agak terhad ketika ini.
Bekerjasama dengan penceramah terkenal sebagai jurucakap, syarikat yang diterajui oleh empat anak muda yang berpengalaman luas dalam aktiviti sosial di seluruh negara membolehkan Kaf melancarkan set pengurusan jenazah edisi Datuk Kazim Elias di sini kelmarin.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Khairul Sani berkata, set lengkap pengurusan jenazah itu memiliki 22 jenis barang antaranya jubah, telekung, sabun bidara, kain kafan, kapur barus dan pelbagai lagi yang boleh digunakan untuk jenazah lelaki dan juga perempuan.
“Untuk produk terbaharu ini, kami menawarkan sebanyak 1,500 set yang dijual secara online dan kami menjangkakan ia habis dijual dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

“Kami…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
