
MANJUNG – Persahabatan yang dijalin memberi kekuatan kepada empat sekawan dari Pulau Pinang untuk mencari rezeki jauh dari kampung halaman mereka iaitu di Seri Manjung, Perak.
Nor Azah Abdul Aziz, 52; Abdul Razak Mydin Pitchay, 44; Mohd. Hafiz Mohd. Hussin, 41; dan Mohamed Yazid Mohamed Ekebal, 38, bagaimanapun yakin keputusan diambil mereka adalah tepat.
Ini kerana, mereka telah pun memiliki pengalaman berniaga di Pulau Pinang terutamanya dalam bidang makanan dan minuman (F&B), antaranya melibatkan penyediaan juadah bagi kantin kilang di sana.
Justeru bagi mereka, pembukaan Kafe 3 Sekawan di sini merupakan satu kemajuan untuk karier mereka dalam bidang F&B.
Menurut Mohd. Hafiz, mereka masing-masing memainkan peranan tersendiri dalam membangunkan kafe tersebut yang mana dia mencurahkan kepakaran dimiliki dalam aspek operasi dan pemasaran perniagaan.
Katanya, Mohamed Yazid dan Abdul Razak turut menggalas tugas dalam melicinkan operasi serta pemasaran kafe, manakala Nor Azah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: