Seorang lelaki yang bekerja sebagai pesawah didakwa melakukan perbuatan menghasut menerusi satu penulisannya di kumpulan WhatsApp, di mana dia mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian.
Lelaki bernama Azman Md Yusof, 46, yang ada 4 orang anak – mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Aini Yusof.
Baca Juga:
Menurut pertuduhan, Azman telah menghasut orang ramai di dalam kumpulan WhatsApp Kariah Permatang Sungai Dua. Kesalahan dilakukan pada 25 April lalu pada 8.45 malam.
Kes didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum mengikut Subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan – menurut laman Buletin TV3.
Pendakwaan meminta jaminan RM10,000 dikenakan ke atas tertuduh kerana hasutan tersebut semakin berleluasa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: