Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor menuntut ganti rugi RM1 juta daripada seorang pemegang akaun TikTok yang disamannya berkaitan rakaman video yang mengaitkan beliau dengan amalan ilmu hitam.
Memetik Berita Harian, beliau menuntut jumlah itu dalam afidavit difailkan pada prosiding taksiran ganti rugi yang perlu dibayar Ku Muhammad Hilmie Ku Din.
Baca Juga:
Ini kerana Rosmah percaya kenyataan fitnah yang terkandung dalam rakaman video itu memusnahkan kredibiliti, nama baik dan reputasinya, selain memberi gambaran beliau gagal mempraktikkan nilai Islam.
Peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, berkata afidavit difailkan Rosmah di Mahkamah Tinggi tahun lalu sudah diserahkan kepada defendan terbabit, namun ia tidak dibalas.
Semalam, Hakim Datuk Ahmad Shahrir Salleh menetapkan 27 Mei depan bagi pendengaran kes berkenaan dan mengarahkan peguam mewakili Rosmah menghantar hujahan bertulis dua minggu sebelum…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: