Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kakak Mangsa Langgar Lari Mercedes Terbakar Kongsi Apa Jadi Selepas Kemalangan

today16 December 2024

Background
Kakak Mangsa Langgar Lari Mercedes Terbakar Kongsi Apa Jadi Selepas Kemalangan


Pada hari semalam tular dua video kemalangan berasingan yang berkait dalam satu insiden; sebuah Mercedes Benz terbakar di Plaza Tol Wangsa Maju dan sebuah motosikal dilanggar lari oleh kereta mewah tersebut.

Terdapat juga gambar menunjukkan mangsa langgar lari itu mengalami kecederaan teruk di bahagian muka.

Baca Juga:

Astro Awani mendapatkan perkembangan terkini daripada kakak mangsa yang dikenali sebagai Syahrizah Saini.

Menerusi video temu bual tersebut, Syahrizah mengesahkan adiknya dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Mukanya cedera teruk, berdarah tidak berhenti. Doktor telah beri dia (mangsa) makan pil untuk memberhentikan pendarahan.

“Buat masa ini mangsa berada dalam keadaan tidak stabil dan mengalami masalah ingatan,” kata Syahrizah.

Menurutnya lagi, semasa dia pergi membuat laporan, pihak polis agak terkejut apabila mendapat tahu kejadian Mercedes terbakar dengan kemalangan adiknya itu berkait dalam satu insiden…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post