
KUALA LUMPUR – LJP Kitchen Sdn. Bhd. melalui jenamanya, Kakatoo F&B Group bersama ALAA Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan DOSZ Coffee memeterai kerjasama strategik tiga pihak bagi memperkukuh keusahawanan dalam sektor makanan dan minuman (F&B).
Usahasama itu dimuktamadkan selepas ketiga-tiga organisasi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Kakatoo Restoran, Quill City Mall, di sini semalam yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kakatoo F&B Group, Joyce Chong; CEO ALAA Consultancy, Husna Nashim; serta Pengarah W Capital Privy Equity Sdn. Bhd., Adib Halim Azmi bagi pihak DOSZ Coffee.
Sebagai inisiatif permulaan, ketiga-tiga pihak akan bekerjasama melalui Program Perniagaan Tart Telur Natalah, yang mana pembiayaan sebanyak RM15 juta disediakan oleh institusi pembiaya kepada 1,000 usahawan terpilih.
Menerusi kerjasama tersebut, Kakatoo menyediakan pakej operasi lengkap merangkumi peralatan, rantaian bekalan, pelesenan dan latihan.
ALAA akan mengetuai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
