
Jurulatih berpengalaman, Datuk Misbun Sidek tanpa berselindung mengakui bahawa beliau sudi untuk membantu pemain badminton perseorangan, Lee Zii Jia kembali menemui prestasi terbaiknya.
Pernah membimbing Zii Jia sewaktu pemain tersebut di peringkat remaja, Misbun bagaimanapun menegaskan bahawa pemain yang sedang bergelut itu terlebih dahulu perlu bersedia menerima nasihatnya.
Misbun percaya ada sesuatu yang menghalang pemain berusia 28 tahun itu daripada kembali ke tahap yang pernah menyaksikannya menjuarai All England pada 2021.

Selepas mengalami kecederaan buku lalu pada aksi terakhir peringkat kumpulan BWF World Tour Finals 2024, Lee Zii Jia terus bergelut untuk memperagakan aksi terbaiknya dan keadaan pada ketika ini dilihat semakin membimbangkan.
Terbaharu, anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu kalah kepada pemain ranking ke-88 dunia dari Taiwan, Wu Zhe Ying di pusingan pertama Terbuka Vietnam yang berstatus Super…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: