Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Kalau Ikutkan Usia Arwah Anak Sudah Setahun Enam Bulan’

today31 May 2026

Background
[VIDEO] Marissa Dania Kongsi Vlog Raya, Momen Ziarah Pusara Anak Undang Sebak – ‘Kalau Ikutkan Dia Sudah Setahun Enam Bulan’


Perkongsian terkini personaliti media sosial Marissa Dania Hakim, mengenai arwah anaknya telah menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aslam Kunci Mulut, Marissa Dania Tak Menangis

Artikel Berkaitan: ‘Kami Kini Dalam Proses Berpisah, Berikan Sedikit Ruang’ – Marissa Dania

Perkongsian Marissa

Menerusi hantaran di TikTok, Marissa, 20, memuat naik video suasana ketika sambutan Hari Raya Aidiladha yang diraikan baru-baru ini.

Antara momen yang diselitkan adalah ketika menunaikan solat sunat di masjid, melihat proses haiwan dikorbankan dan meluangkan masa bersama keluarga di kediaman ibunya, Abby Abadi.

Bagaimanapun, momen yang paling menyentuh hati adalah semasa Marissa menziarahi pusara cahaya matanya.

Dah petang sikit saya ziarah anak syurga saya.

Kalau diikutkan usianya sekarang sudah setahun enam bulan.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat Marissa yang kehilangan zuriat pertama dan turut memberikan kata-kata semangat untuknya.

Imbas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Alia


Previous post