Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Kalau Rezeki Halal, Memang Dapat Balik’ – Kak KM Bersyukur Barang Kemas RM2.1 Juta Ditemui Semula

today23 March 2024

Background
'Kalau Rezeki Halal, Memang Dapat Balik' – Kak KM Bersyukur Barang Kemas RM2.1 Juta Ditemui Semula


Pada awal bulan Mac lalu tular kisah rumah seorang influencer dirompak dan sejumlah jongkong emas dan wang tunai dibawa lari.

Selepas beberapa minggu, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM tampil mengakui rumah beliaulah yang dimasuki perompak.

Baca Juga:

Bagaimanapun, beliau memanjatkan kesyukuran apabila pihak polis berjaya menemukan semula sebahagian barang kemas dan peti besi miliknya yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta.

Kesemua barangan itu berjaya ditemukan di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor, kelmarin.

Menurut laporan Kosmo, Kak KM menyatakan beliau hanya mampu menangis ketika dimaklumkan anggota polis yang datang ke rumah, bahawa barangan berharga miliknya telah pun ditemui.

“Saya ada di rumah ketika anggota polis datang. Selepas diberitahu telah jumpa semula barang-barang kepunyaan saya, beserta bukti gambar, saya terus melalak (menangis). Tak tahu nak cakap apa.

“Tak sangka, Allah SWT kembalikan semula hak saya. Ibaratnya, Tuhan pinjam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Voli akrobatik Munoz hukum Sepanyol

London: Daniel Munoz menjaringkan gol dengan sepakan akrobatik pada separuh masa kedua untuk memberikan Colombia kemenangan 1-0 dalam perlawanan persahabatan menentang Sepanyol, kemenangan pertama mereka menentang juara Piala Dunia 2010 itu.

today23 March 2024