Kool FM

‘Kalau Tak Pernah Cuba Date Lelaki Indonesia, Patut Cuba Sekali’


Seorang wanita menyifatkan lelaki Indonesia lebih romantis, selaras dengan pandangan Ameera Khan yang berkongsi pengalaman peribadinya.

Artikel Berkaitan: PU Syed Selar Lelaki Indonesia Jadikan Neraka Bahan Konten

Artikel Berkaitan: Lelaki Berkahwin Dengan Wanita 30 Tahun Lagi Muda, Lebih Berusia Daripada Mentua

Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu memuat naik semula video Ameera yang berkongsi pandangannya mengenai lelaki Indonesia dalam hubungan percintaan.

Katanya, dia mengalami pengalaman yang sama di mana lelaki tersebut menonjolkan ciri-ciri idaman seperti menutur kata dengan baik, penyayang dan banyak lagi.

Dari pengalaman saya, memang sama. Sekiranya kalian tidak pernah bercinta dengan lelaki Indonesia, kalian patut cuba.

Cari yang ada kerja dan berduit. Jangan buang masa dengan mereka yang tiada apa-apa.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman mereka bercinta dengan lelaki seberang.

Sumber: Threads



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version