Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pertahanan kental skuad kebangsaan Senegal, Kalidou Koulibaly secara rasminya bergelar pemain baharu Chelsea selepas kehadiran beliau telah diperkenalkan oleh kelab saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.
Seperti yang dilaporkan oleh wartawan bola sepak terkenal dunia, Fabrizio Romano, pemain berusia 31 tahun itu telah menandatangani kontrak selama empat tahun dengan pilihan untuk lanjutan semusim dimana perpindahan dari SS Napoli tersebut bernilai €40 juta.
Seperti yang dilakukan oleh Raheem Sterling, Koulibaly juga terbang ke Los Angeles untuk menyertai sesi latihan pra-musim di sana sebaik sahaja segala urusan berhubung persetujuan kontrak serta ujian kecergasan di London selesai.
Kehadiran Koulibaly dilihat amat tepat pada masanya selepas Chelsea kehilangan tonggak utama di jentera pertahanan, Antonio Rudiger yang memilih untuk menyertai Real Madrid selepas kontraknya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: