Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Kalkulator Selamat’ Buka Mata Tentang Harga Sebuah….

today15 May 2026

Background
‘Kalkulator Selamat’ Buka Mata Tentang Harga Sebuah Kehilangan


Korang sedar tak, kita ni selalu berkira-kira tentang nilai aset yang dimiliki seperti kereta, motosikal, rumah, tanah dan macam-macam lagi. Tapi jarang sekali kita berfikir tentang betapa besarnya ‘harga’ sebuah kehilangan apabila insan tersayang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Atas kesedaran itu, Volvo Car Malaysia tampil dengan inisiatif ‘Kalkulator Selamat’ bersama Mr Money TV bagi membuka mata rakyat Malaysia tentang kesan emosi dan kewangan yang boleh berlaku apabila seseorang tidak lagi pulang ke rumah dengan selamat.

‘Kalkulator Selamat’‘Kalkulator Selamat’

Melalui platform interaktif ini, pengguna akan menjawab beberapa soalan berkaitan umur, pekerjaan, pendapatan, gaya hidup dan tanggungan keluarga.

Kemudian, pengguna akan dikategorikan sebagai tulang belakang keluarga, pasangan berkahwin, individu solo atau mereka yang sedang sibuk membina kerjaya.

Daripada jawapan tersebut, pengguna boleh melihat anggaran risiko keselamatan diri serta kesan kewangan yang mungkin ditinggalkan kepada keluarga…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Intan Mahsuri


Previous post

Gaji Baru Masuk Tapi Cepat Habis? Anda Mungkin Sedang Alami ‘Financial Burnout’

Viral

Gaji Baru Masuk Tapi Cepat Habis? Anda Mungkin Sedang Alami ‘Financial Burnout’

Pernah rasa duit gaji cepat 'hilang' dan fikiran mula serabut memikirkan bil serta hutang? Anda mungkin sedang mengalami financial burnout akibat tekanan kewangan. Tekanan kewangan Keadaan ini biasanya hadir tanpa disedari. Secara luaran mungkin anda kelihatan baik-baik sahaja, namun dalam fikiran sentiasa dipenuhi rasa risau tentang duit, masa depan dan kemampuan untuk meneruskan kehidupan harian.

today15 May 2026