Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Kami Belum Bersedia Nak Menang EPL Musim Ini’

today3 September 2024

Background
Bruno Fernandes


Ketua pasukan Manchester United, Bruno Fernandes tanpa berselindung mengakui bahawa skuad pimpinannya masih belum mampu untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25.

Selepas mengharungi tiga perlawanan liga, The Red Devils hanya meraih tiga mata hasil satu kemenangan (1-0 bertemu Fulham) dan dua kekalahan berturut-turut dialami (1-2 menentang Brighton dan 0-3 ke atas Liverpool).

Baca Juga:

Keadaan yang meletakkan Manchester United pada ketika ini di tangga ke-14, ketinggalan enam  mata dihadapan dua pasukan tangga teratas iaitu Manchester City dan Liverpool.

Melihatkan kepada perkembangan pasukan, Fernandes yang beraksi sebagai kesebelasan utama pada ketiga-tiga perlawanan tersebut jelas berpijak di bumi nyata berhubung keupayaan pasukan itu untuk bersaing merebut kejuaraan.

“Ya, saya sangat sedar bahawa skuad Manchester United ini belum bersedia untuk memenangi Liga Perdana,” ujar Bruno Fernandes menurut sumber laporan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post