Menerusi video yang dimuat naik oleh FAS di media sosial itu, rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Faisal Halim agar cepat sembuh.
“Beliau hanya seorang insan kecil dari Pulau Pinang yang mempunyai impian besar.
Mempamerkan magis dengan bola di kakinya. Seorang wira negara di mata dan di hati umum.
“Jiwa yang paling baik. Semangat dan kasih sayang terhadap rakan sepasukannya; tidak pernah menimbulkan pertikaian.
“Beliau sentiasa membawa kegembiraan dalam hidup kita dan senyuman di wajah kita. Kini tiba masanya untuk kita berdiri bersamanya.
“Kami bersama anda, Mickey. Kekal dan selamanya. #StandWithFaisalHalim #StopTheViolence,” tulis kapsyen di posting itu.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: