
Penyanyi Syura tampil memberikan pandangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan lagu yang menjadi topik hangat di media sosial sejak kebelakangan ini.
‘Jangan bandingkan manusia dengan robot’


Menerusi satu hantaran balas di Threads, Syura atau nama lengkapnya Zuraidah Badron, 40, menegaskan bahawa karya seni yang dihasilkan manusia tidak wajar dibandingkan dengan muzik yang dijana menggunakan teknologi AI.
Menurut penyanyi lagu Nazam Berkasih itu, setiap karya yang dihasilkan oleh artis melalui proses yang panjang, memerlukan usaha, masa dan kos.
Saya artis sendu bang, tapi alhamdulillah, belum pernah nyanyi berpandukan nyanyian AI. Kita buat ‘homework’, keluar duit sendiri untuk hasilkan seni itu.
Tapi janganlah bandingkan manusia dengan robot, sangat tidak adil,.
Syura berkata demikian sebagai mengulas satu hantaran pengguna Threads yang mendakwa lagu AI mempunyai kelebihan tersendiri dan menyifatkan artis yang menolak teknologi tersebut sebagai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: