Site icon Kool FM

‘Kami Bukan Marshal’ – Polis Muat Naik Gambar Tunggu Lampu Isyarat Merah Buat Netizen Terhibur




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pada hari minggu lalu video geng konvoi motosikal berkuasa tinggi yang dikawal oleh oleh sekumpulan marshal telah menarik perhatian ramai termasuklah pihak berkuasa yang memburu individu yang terlibat sebagai marshal.

Dalam tempoh kurang 48 jam, pihak polis berjaya menahan dua orang pemuda serta merampas beberapa barangan yang digunakan untuk mereka menjalankan tugas ‘marshal’ semasa konvoi tersebut berlangsung.

Rentetan isu tersebut masih hangat menjadi bualan ramai, pihak Polis ibu Pejabat Daerah Kemaman memuat naik satu gambar yang menggelikan hati para netizen.

“Kami bukan marshal, jadi kena berhentilah di lampu isyarat. Jangan marah abang marshal, gurau,” ringkas sahaja caption gambar yang ditulis, namun cukup mencuitkan hati orang ramai.

Setakat artikel ini ditulis, gambar tersebut telah dikongsikan sebanyak lebih 1,700 kali oleh dan ratusan komen daripada pengguna Facebook….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version