Pada Khamis lalu tular isu penjualan stoking mempunyai logo kalimah ‘Allah’ dijual secara terbuka di rangkaian runcit KK Supermart.
Sehubungan itu, Pengurusan tertinggi KK Mart menyatakan kesal terhadap insiden terbabit, petik MalaysiaGazette.
Baca Juga:
Pengasas dan juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart Datuk Seri Dr KK Chai menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang tidak dijangkakan oleh pihaknya.
Katanya, sepanjang tempoh 23 tahun mengusahakan perniagaan itu, syarikat itu tidak pernah melakukan kesilapan seumpama itu, apatah lagi ia sesuatu yang sensitif .
“Saya sendiri tidak boleh terima penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah Allah, apatah lagi mahu mencetak produk berkenaan.
“Sebagai Pengasas KK Mart saya sangat kesal dan mohon maaf secara terbuka atas perkara yang berlaku beberapa hari lalu (penjualan stoking kalimah Allah),” katanya dalam satu sidang media khas di ibu pejabatnya di Menara KK di Bandar Tasik Selatan hari ini.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: