
Penyokong Vietnam tidak melepaskan peluang untuk menyindir Harimau Malaya dengan kapsyen sindiran.
Malaysia berkunjung ke Stadium My Dinh untuk aksi timbal balik pusingan Kelayakan Piala Asia 2027. Di mana Malaysia sudah sah tersingkir daripada persaingan kerana penolakan mata.
Ini selepas CAS tidak menerima rayuan FAM untuk mengesahkan status pendaftaran 7 pemain warisan Harimau Malaya.
Tujuh pemain tersebut ialah Facundo Tomas Garces Rattaro, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Gabriel Felipe Arrocha, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
Cuma CAS mengurangkan sedikit hukuman dengan memberikan kebenaran kepada pemain berlatih dengan kelab masing masing dalam tempoh penggantungan mereka.
Vietnam menerusi VFF adalah organisasi yang membuat aduan rasmi kepada FIFA selepas kekalahan mereka di tangan Malaysia pada pusingan pertama sebelum ini.
Dan kali ini Vietnam melunaskan dendam mereka…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: