Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Mulai 1 Jun hingga akhir tahun hadapan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sasarkan 50,000 pembayar cukai akan tampil dalam program pengakuan sukarela khas SVPD 2.0, lapor Buletin TV3.
Artikel Berkaitan:
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi antara kumpulan yang diharap dapat tampil adalah pemilik perniagaan yang bermula kecil dan telah berkembang dan layak membayar cukai. Ini selain golongan individu dan syarikat yang tidak pernah melaporkan pendapatan mereka sebelum ini.
Penekanan turut diberi kepada golongan ‘Influencers dan TikTokers‘ yang meraih pendapatan melalui perkhidmatan mereka dalam talian.
“Pendapatan ‘influencers’ dan ‘tikTokers’ boleh dinilai secara jelas melalui jumlah pengikut selain tontonan kandungan. Kami memerhati, ini sebagai peringatan bukan amaran, bahawa LHDN nampak apa yang berlaku, sila tampil kehadapan”.– LHDN
Berita penuh di https://t.co/FQq9vYMqVl
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: