“Kami sedaya upaya membantu mengeluarkan mangsa banjir dengan segala yang kami ada. Kalau tiada sampan, kami sanggup datang dan pikul mangsa ke tempat selamat. Apakan daya, kami tidak mampu memuaskan hati semua orang,”.
Itu luahan Pegawai Operasi Zon 4 Selangor (Hulu Langat) Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Akmal Mohamad Khairi.
Bencana sangat luar biasa bataskan kerja menyelamat
Mohamad Akmal berkongsi luahan itu menerusi Facebook (Fb) miliknya susulan kritikan dilemparkan netizen terhadap anggota bomba yang dikatakan lambat bertindak dalam menyelamatkan mangsa banjir.
Menurut Mohamad Akmal, bencana yang berlaku ada kalanya sangat luar biasa hingga membataskan anggota melakukan kerja menyelamat mangsa ditambah lagi dengan kekangan ketika bertugas.
“Kami bertugas dengan anggaran tujuh hingga 12 anggota di setiap balai bagi satu syif. Apabila ada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: