
Isu sempadan antara Malaysia dan Indonesia sering menjadi topik hangat, namun kali ini penyelesaiannya dilihat lebih harmoni dan jelas.
Terbaru, penduduk di tiga buah kampung di Kalimantan Utara yang kini disahkan berada dalam wilayah Malaysia dilaporkan bakal dipindahkan ke lokasi baharu.
Meskipun lokasi kediaman mereka kini secara rasminya menjadi sebahagian daripada peta Malaysia, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Raden Mohammad Iman Hascarya Kusumo, menegaskan bahawa status kewarganegaraan penduduk terbabit sedikit pun tidak berubah.
Mereka akan kekal sebagai rakyat Indonesia dan tidak akan diberikan kerakyatan Malaysia lapor Berita Harian.
Proses Perpindahan Dan Pampasan Sedang Diuruskan
Menurut Raden Mohammad Iman, pihak kerajaan Indonesia sedang giat menguruskan proses perpindahan serta pampasan buat penduduk yang terjejas.
Walaupun bentuk pampasan masih dalam perbincangan, kerja-kerja pengesahan dokumen tanah dan keluasan kawasan sedang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
