KUALA LUMPUR – Festival Kamya atau ‘Kamya Fest’ yang akan berlangsung pada 10 hingga 12 Februari di Parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil menyasarkan kira-kira 50,000 pengunjung.
Penganjur yang juga Pengasas Kamya, Erna Elliyana Rosli berkata, sasaran itu yakin dapat dicapai apabila lebih 254 peniaga atau vendor telah mengesahkan penyertaan mereka pada festival yang julung kali diadakan itu.
Menariknya kata Erna, barisan artis dan selebriti juga turut terlibat dalam festival selama tiga hari itu dengan membawa pelbagai produk jualan mereka di gerai yang telah disediakan.
“Antara selebriti yang mengambil bahagian ialah Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Wak Doyok, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Bella Astillah, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol dan ramai lagi.
“Selain itu, pengunjung turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
