
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun meraih pujian orang ramai selepas penyelamat nyawa rakannya yang hampir lemas dalam satu kejadian di Pantai Pasir Hitam, Langkawi, semalam.
Memetik hantaran Facebook Info Kemalangan & Bencana Malaysia kejadian itu berlaku selepas tiga serakan selesai menjalani latihan merentas desa dan singgah di kawasan pantai tersebut untuk berehat.
Salah seorangnya yang berusia 10 tahun dipercayai tergelincir dari kawasan berbatu lalu terjatuh ke dalam laut.
“Selepas menunggu beberapa minit dia masih belum naik. Pada mulanya saya ragu-ragu kerana bimbang diri sendiri turut lemas, tetapi saya nekad tidak mahu meninggalkannya.
“Saya terus terjun, tarik dia ke darat dan segera lakukan bantuan pernafasan (CPR),” kata Faris Danish Zulfadli.
Kanak-kanak itu yang juga merupakan Ketua Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sekolah Kebangsaan (SK) Penghulu Ahmad telah menggunakan kemahiran CPR yang dipelajarinya untuk menstabilkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: