
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar menyatakan seorang influencer lelaki berusia 39 tahun ditahan bagi membantu siasatan melibatkan seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun positif dadah jenis tetrahydrocannabinol atau ganja.
Memetik Harian Metro, influencer itu merupakan anak kepada pengasuh kanak-kanak berkenaan, telah direman tujuh hari bermula 16 April dan disambung lagi lima hari bermula esok hingga Isnin depan (27 April), bagi membantu siasatan.
“Pada 14 April, kira-kira 5 petang seorang pegawai perubatan di Hospital Melaka telah menerima mangsa dalam keadaan separuh sedar dan mendapati keputusan ujian saringan air kencing mangsa positif tetrahydrocannabinol.
“Ibu mangsa memaklumkan kepada pegawai perubatan berkenaan bahawa mangsa diambil dari rumah pengasuh di Sungai Putat dan pada 11 April mangsa telah diberikan bantuan rawatan pernafasan melalui tiub di zon merah Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka,” katanya dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
