Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kanak-Kanak 9 Tahun Maut, Dipercayai Jatuh Ketika Mandi Di Bilik Air

today25 June 2026

Background
Kanak-Kanak 9 Tahun Maut, Dipercayai Jatuh Ketika Mandi Di Bilik Air


Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dipercayai akibat terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman Bukit Segar, Cheras, pada Rabu.

Meninggal dunia akibat terjatuh

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa difahamkan dibawa ke hospital oleh ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.01 malam selepas pihak hospital mengesahkan kematian mangsa.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika mangsa sedang mandi di bilik air rumahnya sebelum dipercayai terjatuh dan mengalami kecederaan.

Mangsa kemudian dibawa oleh ahli keluarganya ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post

Hiburan Semasa

Datuk Red mahu buka buku baharu, sah nikah bulan depan

Rawang : Usahawan, Datuk Red, 48, mengesahkan dia akan berkahwin lagi dengan wanita pilihan dikenali Rohanita, 35, pada Julai depan dalam majlis sederhana yang dihadiri keluarga terdekat dan mengharapkan doa ia berjalan lancar. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today25 June 2026