Kool FM

Kanak-Kanak Hilang Di Johor Ditemui Mati, Mayat Ditanam Di Belukar Rompin..Bapa Ditahan Polis


Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan Taman Bukit Indah, Johor Bharu pada 24 Julai ditemui dalam keadaan tidak bernyawa pada Isnin.

Mayat ditanam

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang dikenali sebagai M Tishant, 6, ditemui ditanam di kawasan belukar di Rompin, Jempol.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, penemuan itu berlaku susulan penahanan bapa mangsa, 36.

Polis Jempol menerima maklumat penemuan mayat di kawasan Rompin kira-kira 4.30 petang hari ini (Isnin). 

Tindakan susulan kira-kira jam 4 petang membawa kepada penemuan mayat mangsa ditanam di kawasan Rompin, Jempol disyaki dibunuh.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk prosedur bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan orang hilang (sebelum penemuan mayat) dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version