Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kanak-Kanak Rusia Maut, Ibu Bapa Harap Jadi Peringatan

today20 November 2025

Background


Keluarga Iakubanets dari Rusia kini diselubungi duka selepas anak lelaki mereka, Vladimir Iakubanets, yang baru berusia 2 tahun, dilaporkan meninggal dunia akibat disengat ubur-ubur ketika bermandi-manda di Pantai Cenang, Langkawi pada Sabtu lalu.

Tragedi percutian ini bertukar mimpi ngeri apabila sengatan haiwan berbisa itu menyebabkan komplikasi serius pada mangsa cilik itu lapor Harian Metro.

Bapa mangsa, Nikita (32), mengesahkan insiden menyayat hati ini. Walaupun telah dikejarkan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Allahyarham Vladimir disahkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.46 pagi tadi.

“Dalam kejadian Sabtu lalu, ketika mandi di kawasan air cetek, tiba-tiba dia menjerit kesakitan. Isteri saya terus mengangkatnya, serahkan kepada saya dan kami bawa dia naik ke pantai.

“Dalam beberapa saat saja, dia berhenti bernafas. Saya cuba buat CPR (bantuan pernafasan kecemasan) secepat mungkin. Ada pelancong lain datang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post