Site icon Kool FM

Kantoi Lepak Sampai Maghrib, Reaksi Pak Cik Ini Bila Anak Panggil Balik Undang Tawa Ramai


Menerusi video yang dikongsi oleh @niniey_28, kelihatan gadis itu ingin mengajak ayahnya yang sedang melepak dengan kawan-kawan untuk balik kerana sudah hampir Maghrib.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila pak cik itu keluar dari kedai dan menghulurkan RM1 kepada anaknya sebagai ‘rasuah’ untuk menutup mulut dan jangan beritahu isterinya dia sudah terkantoi.

Lebih melucukan lagi, dia terus masuk ke dalam kedai dan menyambung lepak bersama kawan-kawannya seolah-olah masalah itu sudah selesai.

“Pak cik belakang tu dah mengekek gelak, siap cakap eee tak malu takut bini,” katanya di kapsyen video.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version