Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Kapal kontena terbesar dunia berlabuh di Northport

today23 May 2024

Background


PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd (Northport)  meraikan kejayaan bersejarahnya dengan mengalu-alukan kapal MV OOCL Japan, sebuah kapal kontena terbesar  berlabuh di fasilitinya pertengahan bulan Mei ini.

Kapal yang dimiliki Orient Overseas Container Line (OOCL) Limited, MV OOCL Japan yang mempunyai kapasiti sebanyak 21,413 unit bersamaan 20 kaki (TEU) itu telah mencipta rekod baharu buat Northport.

Kapal tersebut telah dibina pada tahun 2017 dan dilengkapi teknologi terkini dan kejuruteraan moden.

Armada yang memiliki saiz panjang 400 meter dan lebar 59 meter itu merupakan salah sebuah kapal kontena terbesar di dunia serta memiliki kecekapan bahan api yang dipertingkatkan,reka bentuk mesra alam dengan pengurangan pelepasan karbon yang signifikan.

Sebelum ini, pelabuhan tersebut telah merekodkan persinggahan kapal terbesar di pada tahun 2013 iaitu kapal Eugen Maersk, yang mempunyai kapasiti sebanyak 11,000 TEU.

Mengulas mengenai rekod tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Hiburan Semasa

‘Jalan terbaik tidak lagi menjadi suami isteri’ – Hisyam Hamid

Kuala Lumpur: “Saya tak mahu hanya kerana satu detik hitam yang berlaku antara kami akan memusnahkan hubungan persahabatan ini. Buat masa ini kami rasa jalan yang terbaik adalah tidak lagi menjadi suami isteri,” kata pelakon Singapura, Hisyam Hamid, 39, mengenai hubungannya dengan isteri, Mel Rose Hanafi. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today23 May 2024