Site icon Kool FM

Kapal Layar ‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pemilik Cardiff City FC dan pengasas Berjaya Corporation Berhad, Vincent Tan mahu menjual kapal layar besar miliknya yang bernama, Asean Lady dengan harga €30,500,000 atau RM143 juta. Kapal layar sepanjang 289 kaki (88 meter) itu menampilkan reka bentuk luar biasa yang menyerupai proa – sejenis kanu buluh yang telah digunakan oleh orang asli di Pasifik Selatan.

Menurut penjual, yang berpangkalan di Singapura, reka bentuk tersendiri ini telah memberikan kapal layar ini lebih ruang, kemampuan untuk mempunyai tingkap yang lebih besar, kestabilan pada sauh dan kestabilan semasa pelayaran. Ia juga mempunyai lapan bilik dengan kemampuan untuk memuatkan sehingga 18 tetamu.

Bilik terbesar yang terdapat di kabin utama, berkeluasan 1,722 kaki persegi (160 meter persegi) dan mempunyai balkoni peribadi dan pejabat. Bilik mandinya pula dilengkapi dengan singki berkembar, tab mandi dan pancuran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version