Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kapsul yang membolehkan pesakit mengambil nyawa mereka sendiri secara tenang dan aman dengan hanya beberapa minit akan diluluskan penggunaannya di Switzerland mulai tahun hadapan. Kapsul yang diberi nama sebagai Pod Sarco, dibina untuk membolehkan pengguna mencetuskan kematian mereka sendiri.
Pesakit akan diminta berbaring di dalam kapsul yang kelihatan seperti keranda sebelum diajukan beberapa soalan. Selepas menjawabnya, mereka diminta untuk menekan butang yang akan membunuh mereka. Kapsul tersebut kemudiannya akan menurunkan kadar oksigen daripada sekitar 21 peratus kepada 1 peratus dalam 30 saat.





Minggu ini Switzerland meluluskan penggunaan Pod Sarco. Ia boleh digunakan di beberapa klinik pada tahun hadapan. Dr Philip Nitschke, pengasas badan amal Exit International dan antara individu yang bertanggungjawab menghasilkan produk ini, memberitahu Swiss Info bahawa pod itu memberi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: