Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Ketua pasukan Hougang United, Zulfahmi Arifin mengakui pemain Sabah lebih berkualiti selepas pasukannya tewas pada aksi pembukaan kumpulan H menentang wakil Malaysia itu di Likas baru-baru ini.
Artikel Berkaitan:
Beraksi di laman sendiri nyata menjadi kelebihan buat Sabah dimana pasukan itu berjaya mencatat kemenangan dengan keputusan 3-1 ke atas Hougang United sekaligus memulakan kempen kali ini dengan langkah kanan.
Selepas perlawanan, Zulfahmi mengakui kualiti yang dimiliki pemain lawan dan meskipun tewas, beliau masih lagi berbangga dengan persembahan yang ditampilkan rakan sepasukan.
“Saya fikir pasukan sudah berusaha bersungguh-sungguh. Di sebalik keadaan cuaca buruk dan pemain Sabah yang berkualiti, pujian saya berikan kepada mereka.
“Saya fikir rakan sepasukan telah berusaha bersungguh-sungguh. Sekarang sudah tiba masa untuk kita berehat dan segera kembali ke Singapura untuk saingan Singapore Cup,”
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: