Site icon Kool FM

Kartel Dadah Mexico Hantar Kepala Manusia Sebagai ‘Hadiah’ Selamat Datang Buat Ketua Polis Baharu


Hari pertama di tempat baharu bagi ketua polis Tijuana disambut dengan sedikit kelainan apabila dia menerima ‘hadiah’ berupa kepala manusia dengan ucapan ‘selamat datang’ dan ugutan dari kartel dadah Mexico. Menurut Vice, kepala itu diletakkan di dalam beg plastik hitam dan ditinggalkan di sebelah jalan. Manakala disebelahnya pula ditinggalkan nota pendek yang menuduh ketua polis itu sebagai ‘penculik yang buat kerja untuk Sinaloa Cartel’.

Selain itu, Ketua Polis Tijuana Rafael Vazquez yang telah menjadi pegawai polis selama 19 tahun turut menerima nota ugutan yang menyebut bahawa bandar Tijuana bakal berdarah disebabkan dia. Malam berikutnya, dua lagi ugutan yang sama turut dijumpai di beberapa kawasan di Tijuana bersama-sama dengan daging mentah yang dipercayai dari binatang.

Tijuana adalah laluan utama aktiviti pengedaran dadah ke Amerika Syarikat. Bandar ini telah disenaraikan antara 10 bandar paling ganas di dunia disebabkan kartel dadah yang berkuasa di sana….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version