Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah mencetuskan kontroversi dengan melukis kartun Nabi Muhammad, dilaporkan terbunuh dalam satu kemalangan, lapor BBC. Difahamkan Vilks yang menaiki kereta polis telah melanggar sebuah trak berhampiran bandar Markayrd.
Dua anggota polis yang mengawalnya turut terbunuh dalam kejadian itu, sementara pemandu lori dikejarkan ke hospital. Vilks yang berumur 75 tahun difahamkan berada di bawah perlindungan polis setelah menerima banyak ancaman mati disebabkan oleh kartunnya.
Lukisan berupa Nabi Muhammad yang diterbitkan olehnya pada tahun 2007 menimbulkan kemarahan orang Islam. Penganut agama Islam memandang gambaran visual Nabi Muhammad adalah sebagai penghinaan terhadap agama dan bersikap kurang ajar.
Setakat ini polis belum mendedahkan jumlah kematian dalam kejadian tersebut. Namun, pasangan Vilks telah mengesahkan kematiannya melalui media tempatan. Kenyataan polis menegaskan bahawa mereka belum mengetahui bagaimana kemalangan itu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: