PETALING JAYA – Bersempena sambutan Deepavali minggu hadapan, Sunway Resort Hotel telah memperkenalkan Eco-Rangoli yang pertama seumpamanya seiring dengan amalan kelestarian hotel tersebut selama ini.
Inisiatif dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan memelihara budaya masyarakat daripada pelbagai bangsa itu, hotel tersebut telah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Mereka, Biji-Biji Initiative dan Pertubuhan Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Komuniti Daerah Gombak, Selangor (PSPK) Ecohub melalui Program Beyond Bins.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, orang ramai boleh melihat dengan lebih dekat Eco-Rangoli yang dipamerkan di lobi hotel berkenaan bermula dari 15 Oktober hingga 2 November ini.
“Melalui simbol daripada tindakan kolektif dan kesedaran alam sekitar, ia telah dihasilkan menggunakan 30 kilogram (kg) plastik terbuang dengan melibatkan lebih daripada 1,600 penutup botol kitar semula yang dikumpul, dihancur dan dipasang dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: