PETALING JAYA – OldTown Kopitiam bersama Global Art telah menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama strategik bagi meningkatkan pendedahan masyarakat terhadap budaya serta nilai tradisional Malaysia melalui karya lukisan.
Menerusi jalinan kerjasama yang dinamakan sebagai Art of OldTown ini, OldTown telah bersetuju untuk memberi peluang kepada karyawan di bawah Global Art mempersembahkan karya seni mereka di dinding beberapa outlet sedia ada OldTown seperti OldTown Sri Rampai.
Projek itu akan diperluaskan lagi ke lokasi-lokasi lain untuk kekal berhubungan bersama masyarakat setempat.
Ketua Pegawai Eksekutif OldTown Kopitiam, Dawn Liew berkata, usaha ini bukan sahaja memberi peluang serta sokongan kepada karyawan untuk mempamerkan hasil karya mereka kepada pelanggan yang berkunjung ke cawangan OldTown, malah ia merupakan salah satu inisiatif syarikat menyegarkan jenama mereka serta mevariasikan strategi pemasaran untuk terus kekal relevan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: