Site icon Kool FM

Karya ‘Masterpiece’ Yang Cukup Membanggakan

Ejen Ali


Siri animasi Ejen Ali memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sejak episod pertamanya, “MISI: I.R.I.S.” ditayangkan pada 8 April 2016 di saluran TV3, siri Ejen Ali sudah berjaya mencipta satu fanbase yang tegar.

Majoriti daripada mereka kekal setia menanti karya terkini daripada Ejen Ali. Mereka yang dahulunya ‘budak’ dan kini mungkin sudah bergelar ‘bapak budak’, masing-masing tidak sabar menanti filem keduanya, Ejen Ali The Movie 2 | Misi: Satria.

Secara jujurnya, penantian 6 tahun peminat menanti filem kedua Ejen Ali ini sangat berbaloi, kerana karya filem kedua ini memang sangat membanggakan. Kenapa? Kami ‘bedah’ filem kedua ini tanpa spoiler.

1. Sambungan daripada episod terakhir Ejen Ali Musim Ke-3

Ya, filem kedua ini adalah sambungan terus siri animasi Ejen Ali. Alicia Kheng kini merupakan pengguna semasa I.R.I.S. (Infinity Retinal Intelligent System) dan Ali kini dipilih untuk mengendalikan projek rahsia yang lebih hebat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version